Iklan

Tuesday, October 30, 2018

Berhenti Kerja Setelah 16 Tahun

Salam,

Hari ni dah 6 bulan aku berhenti kerja dari UTP setelah 16 tahun bekerja 02 June 2002 - 30 April 2018.Aku ambik satu tindakan yg amat drastik dalam idup aku yg aku sendiri tak pernah buat sebelum ini dan kesannye amat ketara pada isteri dan anak2.Aku ambik tindakan berhenti sebab aku terasa burn out.Bagi aku istilah tu mcm ibarat keadaan yg terlalu letih sangat utk menghadap kerja.Bukan letih kudrat tetapi letih otak.Aku dah tak mampu utk menghadap progamming yg sebenarnye aku sendiri tak minat.Dah byk kali minta pada bos utk tukar tapi tak dapat2 sebab tak cukup org.Last2 sekali bila aku feed up aku pun terus hantar surat perletakkan jawatan tanpa aku ada back up plan.

    Aku pun tak pernah menyangka aku boleh berhenti begitu saje tanpa pikir masa depan isteri dan anak2.Sekarang ni bila aku tengok anak2 aku cukup berasa sedih dan bersalah sgt dengan apa yg telah aku buat.Buat isteri dan anak2, aku mohon ampun dan maaf dengan tindakan tu.Ya Allah ampunkan dosa2ku.

    Aku pikir mudah utk mendapat keje setelah berhenti keje tapi apa yg aku jangkakan meleset sama sekali.Aku still mengganggur dan masih lagi berada di Seri Iskandar.Aku still mencari peluang utk balik ke kampung aku di Penang.Ya allah permudahkan lah urusanku.

    Mungkin aku tidak akan rasa menyesal berhenti keje kalau aku dapat keje lain tapi keadaan jadi sebaliknye bila aku masih mengganggur.Dah 6 bulan tu.Masih bergantung pada duit saving.Rasa cuak  dan takut ada bila duit saving dah habis nanti.Beratnye ujian ini.

    Pagi tadi aku n wife bawak anak ke hospital kerajaan.Rasa bersalah tu kuat.Ini harga yg aku perlu bayar utk pengorbanan aku berhenti keje.Bila tengok anak2 n wife aku terpaksa menunggu lama sebab di hospital kerajaan terlalu ramai org menunggu.Berbanding dengan dulu aku hanya perlu ke klinik swasta atau ke hospital KPJ atau Pantai dan dapat layanan istimewa.

   Apapun aku redha,bersyukur dan move on.Aku percaya dengan perancangan Allah.Allah takkan uji lebih dari kemampuan seorang manusia.



P/s : Buat isteri dan anak2.Abg mohon ampun dan maaf dengan langkah yg abg buat yg impact seluruh life kita.Semoga keluarga kita dilimpahkan rezeki yg hebat.Insyallah.

Thursday, March 9, 2017

Wednesday, March 1, 2017

update dari email @petronas ke @utp


Ni script utk update mysql


SELECT email,left(email,(instr(email,'@petronas')-1)) FROM `login` where substring(email,(instr(email,'@petronas')))='@petronas.com.my'



----


update login set email=concat(left(email,(instr(email,'@petronas')-1)), '@utp.edu.my') where substring(email,(instr(email,'@petronas')))='@petronas.com.my'

Thursday, February 23, 2017

Pivot SQL


Ni utk pivot sql

http://sqlhints.com/2015/05/30/how-to-replace-null-value-by-0-in-the-dynamic-pivot-result-sql-server/

Monday, June 20, 2016

Bisnes Air Balang

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_266


Nak Buat Bisnes & Nak Cari Duit Lebih!
Tapi Masih Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?

Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Menjana RM7k Sebulan Dengan Hanya Menjual Air Sahaja!

Assalammualaikum  & salam hormat buat anda... seorang usahawan atau  bakal usahawan!
Izinkan saya menceritakan seba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!

Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.
Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Ya! 3 balang air sahaja!

Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!
Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini
                                                                  
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_265

Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%

 Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_265

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_265

Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_265

Berita Baik!... Anda Tidak Perlu Pening Kepala Lagi!

Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!
Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!
Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!
Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.
Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8414_59_1_267




Saturday, April 2, 2016

Panduan Rumah Lelong

Panduan Sebelum Acara Lelong 1. Mencari dan mengenal pasti hartanah lelong yang dikehendaki mengikut kemampuan (Lihat sumber hartanah lelong di bawah). 2. Mendapatkan, membaca dan memahami Proclamation of Sale (POS)/ Pengisytiharan Jualan and Condition of Sale (COS)/ Syarat-syarat Jualan rumah lelong tersebut seperti tarikh, masa dan tempat lelongan, alamat hartanah, sekatan (seperti rumah low cost), deposit, tempoh bayaran penuh, peguam bank, pembayaran tunggakan maintenen, utiliti dan sebagainya. 3. Memeriksa sendiri keadaan rumah lelong tersebut dengan masuk ke dalam rumah jika dibenarkan. 4. Menyemak segala hutang/outstanding rumah tersebut seperti hutang dengan pemaju, bil air, elektrik, perbentungan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya. 5. Membuat semakan dengan pihak bank jika ingin mendapatkan pembiayaan bank bagi hartanah tersebut. 6. Memeriksa pemaju perumahan asal serta carian di pejabat tanah untuk mengetahui tentang hakmilik, syarat-syarat nyata atau sekatan-sekatan kepentingan (kaveat). 7. Menyemak harga pasaran hartanah lelong tersebut sebagai panduan harga target anda. 8. Mengediakan bank draf mengikut nilai yang disebutkan dalam POS, biasanya atas nama bank yang melelong sebanyak 5% atau 10% daripada harga rezab. 9. Menetapkan harga target tertinggi anda mengikut kemampuan dan jangan sekali-kali melebihi harga pasaran. 10. Membuat semakan terakhir dengan menghubungi pelelong sehari sebelum hari lelongan sama ada call off (dibatalkan) lelongan hartanah tersebut atau tidak. Panduan Semasa Acara Lelong 1. Datang awal sekurang-kurangnya 30 jam sebelum acara lelong bermula dengan doa kejayaan anda. 2. Terus daftar di kaunter dengan mengisi borang dan memberikan kad pengenalan serta bank draf. 3. Pastikan anda mendapat pedal yang mengandungi no bidder anda yang digunakan untuk mengangkat nanti. 4. Tidak berbual-bual dengan sesiapa yang tidak dikenali yang biasanya adalah ‘ulat lelong’ yang sentiasa menunggu untuk memerangkap anda melalui perbualan. 5. Hadir ke bilik lelongan dengan pedal dan memahami syarat-syarat bidaan yang diterangkan oleh pelelong. 6. Menunggu hingga tiba lot hartanah lelong anda dan meneliti berapakan bilangan pembida untuk lot tersebut (digunakan untuk teknik mengangkat pedal nanti) 7. Bidaan dimulakan dengan harga rezab dan setiap bidaan biasanya adalah dalam gandaan RM1,000 dan boleh bertambah jika melibatkan harga hartanah yang tinggi atau mengikut kemahuan pelelong. 8. Anda mengangkat pedal setingginya untuk setiap harga bidaan anda dan janganlah mengangkat lebih daripada harga target. 9. Jangan sekali-kali menjadikan emosi dan pengaruh bilik lelongan untuk anda bertindak melulu seperti nak bersaing dengan orang lain. 10. Hartanah lelong dianggap telah terjual apabila ketukan hammer yang ketiga dan keputusan pelelong adalah muktamad. Persediaan Selepas Acara Lelong 1. Jika anda MENANG!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menandatangani kertas kontrak (hartanah lelong akan diberi dalam bentuk kontrak dan bukannya Sale & Purchage seperti rumah lain) 2. Sila jelaskan RM50.00 duit duti setem dan semua baki deposit 5% atau 10% jika harga belian melebihi harga rezab secara cash atau kad kredit (menggunakan kad kredit akan dikenakan caj mengikut POS) kepada pelelong. 3. Pastikan anda mendapat salinan kontrak (tanpa stamping) dan semua resit rasmi berkaitan. 4. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur atas nikmatNya yang memberikan hartanah tersebut kepada anda. 5. JANGAN LUPA!, sila dapatkan kontrak yang telah dimati setem, biasanya selepas tiga hari kemudian di pejabat pelelong atau di mana-mana tempat yang ditetapkan pelelong 6. Jika anda KALAH!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan pedal dan mendapatkan semua kad pengenalan serta bank draf anda (tiada caj/bayaran dikenakan) 7. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur dengan takdirNya yang mungkin mahu memberikan hartanah yang lebih baik kepada anda dalam lelongan seterusnya. 8. Jika anda ingin mengambil loan, sila submit semua dokumen termasuklah salinan kontrak hartanah lelong dengan segera kepada pihak bank dan lawyer. 9. Baki harga jualan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 90 atau 120 hari seperti disebutkan dalam POS dan COS. 10. Ingatlah rumah dijual dalam keadaan ‘sedia ada’, justeru bank atau pelelong tidak menyediakan apa-apa kunci kepada anda.

Friday, March 4, 2016

Rakyat Malaysia Paling Ramai Berhutang



Salam,

Pergh bila aku tgk artikel ni memang dahsyat gak rakyat Malaysia.Hutang rakyat malaysia tertinggi gak di asia.Anggaran purata hutang rakyat malaysia lebih kurang RM65k seorang tu.Tapi memang betul.Bayangkan macam aku pun still berhutang gak.Bulan2 hutang yg wajib bayar pun lebih kurang
macam ni:

Rumah             : RM920
Personal Loan : RM874 

Pergh RM1794 sebulan tu.Masak2.Bila la agaknye bleh lari dari hutang ni.Tu belum belanja lain lagi tu.Blum masuk bab2 bayar utiliti,anak2 n lain2.Semoga aku dapat lari dari hutang n tak jadik sebahagian dari statistik di atas tu. 68% tu statistik rakyat Malaysia.

P/s: Pakai ikut kemampuan bukan ikut kemahuan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...